Thursday, 29 March 2018

Apa itu M-Learning?

M-learning


M-Learning adalah singkatan untuk Mobile Learning adalah satu bentuk pembelajaran yang menggunakan teknologi mudah alih atau tempat di mana infrastrukturnya membolehkan penggunaan teknologi tanpa-kabel  serta memfokus kepada penghantaran kandungan pembelajaran melalui peralatan elektronik mudah alih.


Contoh m-learning dalam pendidikan:

1. Menawarkan pembelajaran mudah alih
· Penggunaan teks, audio atau video
· Para pelajar akan menyiapkan tugasan berdasarkan video atas talian yang dimuat naik oleh guru.
2. Interasi dalam pembelajaran
· Guru boleh menggunakan peranti mudah alih semasa pelajaran untuk lebih banyak interaksi.
· Sebagai contoh, guru boleh bertanya dan pelajar boleh menjawabnya di peranti mudah alih mereka. Di sana, guru akan mendapat maklum balas dengan segera.
3. Pembelajaran selaras
· Kami dapat mendapatkan maklum balas langsung walaupun kami berada di rumah.



Untuk info selanjutnya sila layari :

No comments:

Post a Comment

Apa itu Massive Open Online Course?

Massive Open Online Course   😲 Massive Open Online Course  atau lebih dikenali dengan nama singkatannya  MOOC  adalah merupakan ku...